10
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Kejam : Kucing Disumbat Ke Dalam Botol Jadikan Hiasan


Assalamualaikum


Kucing Bonsai. produk terbaru yang dijual oleh seorang dari Jepun di New York. beliau memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. tujuan dua straw itu ialah satu untuk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah untuk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Jika ‘Kucing Bonsai’ seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapatdikatakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

Hanya manusia yang tader sifat perikemanusiaan je yang sanggup beli 'Kucing Bonsai' ni. 
memang kejam sungguh manusia zaman sekarang ni. banyak lagi benda yang boleh dikomersialkan , kucing jugak nak dibuatnya jadi cenggitu. sungguh zalim.

aku ni dah la penchenta kucing. sayang sungguh kat kucing ni. memang aku tak sanggup tengok kucing dianiaya , disepak terajang , dipijak hidup-hidup dan sebagainya. bertambah sadis lagi bila aku dapat saksikan camaner nyawa kucing ditarik keluar dari jasadnya. belum lagi yang dah penyek badannya kena lenyek dengan kenderaan. Masya-Allah.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan?







Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

10 comments:

Cik Nor said...

kejamnya..huhu

Cik Aida™ said...

Ya Allah, kesiannye dekat kucing tu :(
kejam nye manusia.

ANDAIANNYA said...

sangat2 kesian..dah hilang semua perikemanusiaan....sedih betullah

SyaaMazlan said...

kejam sangat ! emy jumpa , sepak2 je org tuu , kuang ajaq !

Amaliena Ros said...

ini memang kejam, kalau saya la tak sanggup beli..

Unknown said...

Emmm...emmm...emmm.....manusia sekarang :/

Fais-SKA said...

subhanallah..sngat kejam mnusia zaman skrang, mcm2 bnda bt demi kpntgan dri, kcian kucing 2..tp ble tgok gmbar yg kanan 2..musykil jap, mcm mn dia msukkn kucing dlam botol kecil mcm 2..

Unknown said...

sebenarnya citer ni hoax je....

Annamariana1989 said...

ya allah, kejamnya sapa yang buat ni.. hish3 :(

Unknown said...

Kalau betul just a hoax, bagus la...cuma dr pandangan mata kita semua mmg kejam sgt2.