Assalamualaikum
Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini.
Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing atau babi, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV.
Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan selamat hari raya dicetak terbalik dalam tulisan jawi, baru sedar selama ini Al-Quran yang dicetak betul hanya hiasan almari.
Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat nampak body, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini.
Orang kita memang sensitif dengan berita makanan yang disyaki ada DNA babi, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini.
Teguran dan muhasabah ini untuk kebaikan bersama.
sumber : facebook


3 comments:
mmg terbaik la entri ni syah... patot sume org bace... rutin harian kite pon kne tgok jgk xD
nice entri :) sama-samalah kite muhasabah diri
kalau setakat sensitif je takpe...ni org kita siap melenting mcm singa kat zoo tu ha bila marah...haha
Post a Comment