16
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Officially 19 Years Old


Assalamualaikum


3 Januari 1995 
telah lahirnya seorang bayi perempuan juga merupakan ummat Nabi Muhammad s.a.w pada jam 2.15 pagi seberat 3.5 kilogram di Hospital Kuala Pilah. bayi tersebut diberi nama Nurul Syahirah binti Ismail.

3 Januari 2014
kini beliau berusia 19 tahun.
masa pantas berlalu pergi.
mengharapkan amalan baik turut bertambah meningkat selari dengan peningkatan umurnya setiap tahun.

asal-usul nama
nama bayi tersebut telah dicadangkan oleh ibu dan bapa saudara sebelah mak.

Nur Syahirah
atau
Nurul Syahirah

  nanti jangan panggil dengan nama Nurul. Nurul dah ada da. panggil Syira. 

namun begitu.
aku mempunyai sepupu sebelah mak yang bernama Syahirah jugak.
seorang nama Nur Syahirah.
seorang lagi namanya Anis Syahirah.

maksud Syahirah ?
someone pernah tanya nama aku masa aku form 5.

  apa maksud Syahirah ? 

Syahirah bermaksud '' yang mahsyur ''.
dengan maksud nama sedemikian, Uwais al-Qarni menjadi teladan dan pedoman hidup aku.

siapa Uwais al-Qarni ?

Uwais al-Qarni
siapalah dia pada mata manusia. 
tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya.
banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya. 

seorang pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda. 
Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw). 

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda :  
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."


Kisah Kewafatan Uwais al-Qarni
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya ;
Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?
Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.
Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
Dialah Uwais al-Qarni , tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.
Subhanallah.

 sumber :
SINI dan SANA


Dia ,
Uwais al-Qarni
hidup biasa di bumi
namun mahsyur di langit
namanya disebut Rasulullah s.a.w
tapi tidak nama aku.
Aku ,
Syahirah
hidup biasa di bumi
mungkin tak terkenal di langit


Ismi Syahirah Ismail




Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

16 comments:

Shafika Basha said...

salam.. happy birthday..
jmput join giveaway dari sya

http://eikabasha.blogspot.com/2014/01/grand-opening-giveaway.html

Unknown said...

hehe kita sebaya lah tapi anis bulan 9 nanti baru official 19 :D huhu btw byk berguna yg dikonsgi :)

atie zakaria said...

wahh.. happy bornday.. selamat hari ulangtahun syahirah...

Aisyah said...

Wahh . Happy Birthday Akak .
Suka sangatt dengar cita pasal
Uwais Al-Qarni .Tak jemu dengar :')

Semoga Akak Berjaya Di dunia dan
Di Akhirat :D

Unknown said...

Happy birthday sera.. may Allah bless u :)

Vee said...

Happy birthday! :)

http://vaneelea.blogspot.com/2014/01/haaaaaiiiiipppy-birthday-syahirah.html

Anonymous said...

Happy birthdayyyyy ;D

Unknown said...

Happy befday Ismi Syahirah Ismail. May Allah always bless you fiddunya wal akhirah. :)

apekinahdotcom said...

Selamat hari lahir ye :)

Unknown said...

happy belated birthday! :)

Teena Tna said...

Happy belated birthday !
May Allah bless u :)

Anonymous said...

maaf,happy belated birthday akak. ;)

Pizzah said...

Happy belated birthday Syahirah :)

Izzuddin Fauzi said...

Selamat hari lahir :) Amboi panjang riwayat hidup naa...

Cuya said...

jom join segmen
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2014/01/pencarian-bloglist-5-bulan-by-eka.html

Zam said...

hai.. salam kenalan dari zam :D thanks sb sudi singgah blog Zam tadi :))