sape Bobot ?
nama dia Bobot
pic ni ditangkap masa mula - mula kitorang bawak dia balik rumah.
dia asyik terperap dalam bilik adik aku je.
malu nak kuar. heh. betul la tu. malu - malu kucing.
kenapa nama dia Bobot ?
entahlah.
adik aku yang bagi nama dia.
sebenarnya, dia bukan kucing yang kitorang bela dia dari kecik. tapi Bobot ni kucing mak ngah aku.
adik ayah aku. mak ngah bagi kitorang suh bawak Bobot balik.
jap jap Syera.
kenapa baru sekarang baru cerita pasal Bobot.
sebab aku rindu Bobot.
membongkang
Bobot ni comel. tembam. bulu dia kembang sebenarnya.
sekarang dia da tader.
kini, kitorang dah ada ahli baru. da jadi sebahagian dari keluarga aku.
sape ?
full name dia Ketot @ Kontot. kitorang panggil Tot. nickname dia.
nama Tot abang aku yang bagi.
apsal nama dia cenggitu ?
sebab ekor dia kontot. bentuk L.
Tot datang 21 Januari 2014. Tot juga bukan kucing yang kitorang bela dari kecik. tapi adik aku rembat dia kat kedai makan masa Tot kena kurung dalam sangkar. Tot mengiau sebab lapar. tuan dia tak bagi makan agaknye. then, adik aku rembat bawak balik rumah.
Tot ni sebenarnya kucing betina. anak dara sunti. tersangatlah aktif. hyper act. agresif. nakal.
Tot ni budak lagi. that's why dia tak boleh duk diam. kejap terlompat sana. kejap terlompat sini.
nak tangkap dia punya la susah. tapi sebenarnya boleh je umpan dia supaya Tot datang dekat.
bagi je la benda apapun, yang boleh dibuat main. contohnya tali. gerak-gerakkan tali tu, tarik perhatian dia. konfem dia datang. Tot pantang nampak benda bergerak. semua benda dia buat main. berlari-lari kat dalam umah aku.
Tot Keguguran
Tot pernah gugur. lepas 2 bulan dia datang umah, tetibe Tot pregnant. kucing mana ntah yang termengandungkan dia. gugur maybe sebab dia tak pandai jaga diri. ye la. sebab dia budak lagi. asyik melompat je keje dia. masa dia sakit tu, aku taktau pula sebenarnya dia keguguran. ingatkan demam. kucing pun boleh demam okay. aku da seriau da sebab dia sakit macam dah nak mati. 3 hari cenggitu duk meringkuk dalam bilik adik aku tak kuar-kuar. tak makan tak minum.
lepas 3 hari tu, baru perasan darah dia banyak turun. mak aku cakap dia gugur. seketul daging dah keluar.
Tot keguguran 4 ekor anak dia. daging lagi la. apa ? janin ea ? mana la aku tau.
lepas tu baru la dia okay. da sihat. bole makan minum.
dan sekarang ni, aku rasa dia pregnant lagi. haha. pregnant ? okay. Tot bunting. rasanya la. sebab perut dia makin membesar. Tot punya berat lain macam masa aku dukung dia.
hehe. asal berat lain macam je pregnant. cenggitu ea ?
Tot pregnant kan ? kan ? kan ?
pic ni ditangkap oleh akak aku lepas dia solat Maghrib. elok je landing atas sejadah.
tak kira tempat Tot nak landing. pernah satu hari masa aku solat Zuhur, Tot landing tempat aku nak sujud. time aku nak sujud, heh pepaham je la apa yang jadi kalau dia ni dah agresif. Tot pi cakar kepala aku.
pergghh sabar je la.
kalau dia gugur lagi aku tatau la nak cakap pe. jangan buat aku risau sudaa.
FAKTA : nama kucing sememangnya pelik













10 comments:
nama2 kucing unik dan kreatif...
comelnyaaa~ kesian tot keguguran. kucing ana pun penahh gak..
jemput baca entry ana. http://funnyvelove.blogspot.com/2014/06/hantu-atau-jin.html
comel nye heee
Salam Khamis, .jln2 blogwalking dan follow blog rkn yg blum sya follow ..:)
http://ssurianahyana.blogspot.com
follwr 1264
comelnya...
Salam Ziarah dari blog Mialiana
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/
hehehehe betul tu.. mmg pelik nama2 kucing... :-) kreatif!
Singgah sini
blogwalking dari senarai URL Blog Mialiana
Bot.. Tot.. Heee dekat-dekat nama dorang. Pandai abang adik bagi nama ya? Btw, datang bw. Jom jenguk blog saya pulak :)
http://eyjamasliza.blogspot.com
cute2 nama kucing2 ni.. comel....
#terima kasih join... blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html
Comelnya Tot dan Bobot.. hee.. betul lea.. sama macam Butang laa.. yang Bobot tu la.. muka garang macam butang gak.. heee.. yang tot tu mata bolat.. cumey .. heee
Post a Comment