
kenapa orang yang boleh melihat alam ghaib itu hanya boleh melihat perkara yang buruk sahaja dan kenapa tidak nampak malaikat ?
Jangan ingat orang yang boleh melihat alam ghaib itu satu anugerah dan keistimewaan.
pandang depan nampak pontianak, toleh kiri ada pocong, mengerling ke kanan nampak pendekar Melayu, dan berpaling ke belakang terlihat makhluk bertaring panjang.
sepatutnya mahkluk halus tidak boleh dilihat dengan mata kasar tapi ada orang tertentu yang boleh melihat perkara yang menakutkan itu tanpa mempelajari apa-apa ilmu pun.
Bayangkanlah jika kita duduk di dalam rumah tiba-tiba nampak makhluk yang menggerunkan duduk di sebelah atau ketika hendak tidur ada lembaga menyeramkan masuk ke bawah katil.
mampukah kita duduk diam setelah melihat lembaga yang menyeramkan dan bolehkah tidur dengan lena seandainya kita tahu ada makhluk yang menakutkan tinggal sebilik ?
persoalan kenapa orang yang boleh melihat alam ghaib itu hanya boleh melihat perkara yang buruk sahaja dan kenapa tidak nampak malaikat ?
Penjelasannya begini, malaikat adalah perkara yang baik dan diciptakan oleh Allah untuk taat kepada-Nya.
Makhluk yang baik tidak akan menunjukkan dirinya atau berbuat sesuatu yang menakkutkan manusia.
biasanya ynag menunjukkan diri dan menakutkan manusia adalah makhluk yang jahat seperti jin dan syaitan.
tujuannya untuk menyesatkan manusia, menimbulkan fitnah dan mengganggu ketenteraman manusia.
Allah Maha Mengetahui.
pasti ada hikmahnya kenapa Allah bagi kelebihan ini kepada orang yang tertentu sahaja.
bukan semua hamba-Nya mendapat kelebihan ini.
aku bersyukur kerana Allah tidak memilih aku.
sebab apa ?
sebab maybe aku tak boleh nak handle diri aku sendiri kalau boleh nampak semua tu.
aku tak kuat iman. kenalah kuatkan iman tu !
aku tak kuat iman. kenalah kuatkan iman tu !


3 comments:
samalah kita..mun ni penakut yg amat..
uhhh tak sanggup..biarlah xdpt tgk yg ghaib pun...dh la sy pun penakut..
errr.. takutnyaaa. hehe , tp anugerah jugak tu..
Post a Comment