Assalamualaikum
ni entry pertama yang aku update bagi tahun 2015. last update pada 9 Disember 2014.
hari ni 30 Januari 2015. lamanya tak update.
tahun ni 2015.
masuk tahun baru.
umur pun bertambah.
dulu nombor 1. 19 tahun.
kini nombor 2 pula. 20 tahun pada 3 Januari 2015.
lain macam je bila dah 2 ni.
fyi, aku student lepasan STPM 2014.
28 Januari hari tu result sem 3 STPM dah keluar , sekali dengan kerja kursus.
Alhamdulillah. ada A. dah nak terkojol aku tengok result sem 3 aku.
memula tengok sebelah mata je sebab takut ada subjek yang fail.
nak tau subjek apa yang aku takut fail ?
subjek Sejarah dengan Pengajian Perniagaan (PP).
ha ko ! cuak tahap gaban masa nak tengok result.
aku ingatkan Sejarah aku fail sebab aku jawab 3 soalan je. wajib jawab 4 soalan.
setiap satu soalan 20 markah. so aku tak jawab satu soalan dan 20 markah burn cenggitu je.
sape yang amik subjek sejarah tau la kut.
tapi tu lah, Allah baik sangat bagi rezeki, aku dapat A untuk subjek Sejarah.
yang subjek PP ni memang tak boleh blahh.
punyalah banyak melalut mengarut aku jawab,
boleh pulak dapat C. lulus ?! ingatkan fail.
Alhamdulillah. syukur sangat. tader repeat sem 2 dan sem 3.
ni baru result sem 3,
walaupun dah tau result setiap sem,
bedebo-debo jantung nak tau result keseluruhan STPM sebab aku ada repeat satu paper sem 1.
pssttt ..
boleh tolong tak ?
readers,
doakan aku dapat result keseluruhan STPM yang cemerlang.
doakan aku dapat masuk universiti untuk sambung degree.
insya-Allah bila result keluar, aku akan update entry.
doakan ya. doa tu penting.
rindu zaman form 6




3 comments:
kan
inshaAllah. semoga berjaya ! :)
InsyaAllah, sy pon gerun dgn result SPM. Though xmngharapkan straight A's pon
Post a Comment