10
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Ketagih Layan Running Man


Assalamualaikum

semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku makin lama makin ketagih dok layan Running Man.
tiap-tiap hari. dok ulang tayang je.
tak cukup layan kat tv. layan kat laptop pulak.

sekarang ni, aku layan balik RM daripada episod awal lagi.
sementara tunggu episod baru, aku layan yang episod-episod lepas dulu.
secara online. tak download pun.


sekarang ni aku ulang tayang episod ni.
sesape peminat tegar Running Man tau la kut yang ni episod berapa. maybe.
episod yang dah berjaman. tahun 2013 punya.
kalau tengok online, sekarang ni RM dah episod 233.

ketagihan aku terhadap Running Man ni makin menjadi-jadi
lepas aku dah mula minat salah seorang ahli RM.
bukan setakat dia je, dengan si cameraman dia pun aku minat.
memang gila aku ni.
kat sini ada yang minat sekali dengan cameraman ahli RM jugak ke?

baru mula nak minat member RM ?

dulu aku layan RM ni semata-mata nak hilangkan kebosanan je.
nak jadi gila kejap gelak sensorang.
ketawa terkikik kikik terkekek -kekek guling-guling.
tader pula minat sesape sebelum  ni.
layan Running Man gitu-gitu je.

sape ahli Running Man yang aku minat tu ?
tau kan sape yang paling penakut dalam Running Man ?

yang ni episod 176
Popularity of Men Race


ahah ! aku minat Haha. Ha Dong Hoon. Haroro. si penakut tu.
sape sini minat Haha, kenyit mata.
meh sini sepp sikett.

dalam episod ni, Haha comel je.
dia punya takut tahap giga tu sangat ketara.


aku suka karekter Haha. bila dia takut,  sangat comel.
perangai dia macam budak-budak.
jahat. betrayer.
playboy masa awal-awal episod.


yang dalam bulatan tu, cameraman Haha.
vj Haha.
nama dia Sung Yong.

vj pun kena tempias juga. dah suka Haha. vj dia pun heret sama.
sanggup pi google staff Running Man.
sanggup playback bila ada scene Haha dengan vj dia.
gilakaw !

tapi,
aku punya minat takat Running Man je.
tader la sampai sekodeng fb, twitter, insta bagai.
berpada jugak.



Kim Jong Kook nak tinggalkan Running Man.
betul ke ?








Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

10 comments:

Anum said...

syok kan

anys nadhilah said...

Anis pun addict tau!! Whattttt jangan la jong koookkk please!!

Aqilah Azmi said...

amboi ketagih :p

Unknown said...

hahaha. normal la tu utk RM lovers. ulang 10 ribu kali pun xserik. btul ke KJK nk tinggal RM? xde dgr pun, nk try google la.

Uwais Al-Qarni said...


terlebih syok kak @Nurzakiah Hanum

Uwais Al-Qarni said...


@anys nadhilah, betul atau tk tak tau la. KJK pikir nak tinggalkn RM je sbb dia slalu sakit

Uwais Al-Qarni said...


@Aqilah Azmi

ketagih tahap gaban tade ubat nak sembuhkan lagi dah

Uwais Al-Qarni said...


@Sung Sang Woo

haa sila tanya pak cik google

Sayidah Napisah said...

andwaeeee~!!! serius jongkook nak tinggalkan RM? saya saya saya suka jongkokk hahaha

RiN nOku said...

hihi...pnh tgk tp xsmpi addicted lg... ^-^