7
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Mulianya Kerjaya Itu


Assalamualaikum

perghh ! hampir 2 bulan aku tak update blog kesayangan sejak mula kerja ni. lama terbengkalai.
baru sekarang berpeluang update blog.
adakah ini salah satu tanda-tanda nak berhenti berblogging ?
oh tidak !

walaupun aku tak update, aku still lagi baca entry terkini blogger lain.
hari-hari aku check dashboard nak tahu berita sensasi. wahh ko !
yang singgah terjah blog ni, sorry tak dapat nak blogwalking, join segmen bagai.
but, thank you sudi singgah.

berdasarkan entri SANA, aku ada share yang aku dapat kerja.
1st time pergi interview, terus dapat kerja. Alhamdulillah.
ada yang nak aku share tips interview tu.
aku bukan tak nak share, sebab interview tu sangat simple.
dan kerja yang aku mintak tu bukan kerja yang terlalu profesional.
tapi aku dapat kerja tu. kerja sementara je. nak cari duit poket untuk sambung degree nanti.
insya-Allah. Amin.
dan dapatlah juga hulur duit gaji kat mak ayah aku.

aku kerja apa ? nak tahu ?
kalau tak nak tahu pun, aku bagitau jugak.

aku ni kerja jadi guru tadika je. nak lebih gah, aku ni warga pendidik. cikgu muda. haks.
cikgu tadika ok. bukan cikgu sekolah menengah.
actually, aku nak mintak kerja kat taska je. jadi pengasuh.

tapi lain aku mintak, lain yang dapat.
aku dapat guru tadika yang mengajar Pra-Penghayatan Islam.
dikenali sebagai Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
no wonder la interviewer tu test aku baca Quran dan tanya boleh baca/tulis jawi ke tidak.
aku dapat kerja secara drastik pun, sebab cikgu KAFA sangat diperlukan.
tader cikgu nak ajar budak-budak. senang cakap, cikgu tak cukup kat tadika tu.

baru 2 bulan kerja mendidik anak-anak.
macam-macam pengalaman.
bukan senang nak jadi cikgu.
bukan mudah nak mengajar budak-budak.
mental kena  kuat. penting. sabar kena limit.

tapi, aku bangga menjadi warga pendidik walaupun hanya sementara.
dan aku respect pada semua guru di dunia ni.
hampir-hampir guru menjadi seorang Rasul.
kerja yang sangat mulia. sebab nak sampaikan ilmu.









Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

7 comments:

kakaktiricinderella said...

Bestnya... Saya menganggur jer nie T_T

Uwais Al-Qarni said...


pulak daa @Kakak Tiri Cinderella. rasanya duk umah lg best kut. hehe. klau da kerja, hr Isnin tu mcm nightmare je

Pwincess said...

bestnya. dulu ee apply ipg course pendidikan awal kanak kanak.
wanna be a cikgu tadika kan.
but yaa takda rezeki to be a teacher. hehe.

Uwais Al-Qarni said...


taper @Nurulee. ni pun sy kerja sementara je. Allah have better plans for you.

fifie feyca said...

wah best nya.. all the best :)

MiaZain said...

Hai, salam ziarah.
Untung jadi cikgu, banyak pahala. pahalanya berterusan je kan...
selamat berkerja.

aswadz said...

alhamdulillah dah dapat keje. keje sementara pun takpe. tetap rezeki juga.