3
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Inovasi Model Kubur Bertingkat



Assalamualaikum

nak citer sikit pasal model yang group aku dah buat untuk semester ni.
macam semester lepas, aku ada citer kat SINI pasal model rumah untuk final project.

tapi untuk semester ni, kami satu group 3 orang ditugaskan untuk buat model rumah tradisional.
tapi ni bukan subjek design okay. ni subjek Sejarah Malaysia tentang Hubungan Etnik.
so untuk buat model ni ada 5 group buat model rumah tradisional mewakili kaum Melayu, Cina, India, Sabah, dan Sarawak.
group kami pilihlah kaum Sabah untuk buat model rumah Bajau Laut.
kami satu-satunya group yang buat model rumah atas laut.
ye la.
Rumah Bajau Laut kan atas air. dah namanya bajau laut. kahkah.


ni la model yang kami buat.
buat model ni tak sampai 2 hari pun sebenarnya sebab ustaz kata tak payah ikut skala just guna saiz A4 je cukup. sampai senget benget tiang model rumah ni. kahkah.
dalam-dalam banyak group tu, ustaz ada bagi kami special task.
maybe sebab model kami lain daripada group lain yang buat kat daratan je kan.
agaknya la.

kubur bertingkat.
inovasi kata ustaz.
kubur dibuat bertingkat disebabkan kekurangan tanah macam kat kl kena buat flat, apartment bagai.

bukan final project.
tapi ni special project requested from ustaz lalalitamplom.
ustaz bagi tugasan ni sehari sebelum ayah pergi. boleh baca SINI.

macam macam perasaan sepanjang siapkan model ni.
teringat kat ayah yang baru seminggu je pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
teringat masa nak kebumikan ayah.
teringat adik-beradik lelaki yang uruskan jenazah ayah.
teringat abang-abang dan adik masukkan ayah ke liang lahad.
teringat abang sulung buka kain kapan di bahagian muka ayah di liang lahad.
masa tu nampak sisi muka ayah buat kali terakhir.
teringat.
semua teringat tentang ayah sepanjang siapkan model ni.

nak buat model jenazah pun tabahkan hati je.
sedikit sebanyak aku tahu macam mana nak siapkan model kubur ni.

pada zahir tak menangis.
tapi hati ni menangis.
Allah je tau perasaan ni.

ya. memang simple je model kubur ni.
orang memang gelak terbahak-bahak terkekek-kekek mak eloi-eloi bila dapat tahu kami ditugaskan untuk siapkan model ni.

tapi hanya Allah je yang tahu.


Al-Fatihah buat arwah ayah, Ismail bin Zainal Abidin.








Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

3 comments:

Noor Maizan said...

Salam Takziah Syahirah, semoga Ayah awak ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman, banyakkan berdoa kerana doa anak yg soleh sentiasa menjadi bekalan berterusan untuk mak ayah kita.

Mellya Musa said...

Takziah buat awak sekeluarga ..

Shikin Razali said...

Assalamualaikum.. Salam takziah pada awak sekeluarga..Semoga roh arwah ayah awak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ