4
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Wanita Bukan Objek Permainan by TemeAbdullah


Assalamualaikum

tadi ada baca post instagram Teme Abdullah.
siapa Teme Abdullah ?


seorang yang sangat talented.
architecture. dah grad. rasanya dah kerja.
dah banyak kali muncul kat rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).
tapi tak pernah dedahkan identiti sebenar.
sebab tak nak dikenali ramai.
seorang penulis buku.
pernah baca buku dia Pelukis Jalanan.
katanya dia dalam proses buat buku Pelukis Jalanan 2 pulak.

aku rasa terpanggil macam ada seruan pula nak update entry berkenaan post dia di instagram.
post sangat deep. sentap. ditujukan khas bukan untuk kaum Hawa saja malah untuk kaum Adam.
sengaja nak repost idea orang yang sungguh bermanfaat.
that's why tajuk entry ni ada nama beliau.


picit gambar 


Wanita juga makhluk Allah,
Wanita juga khalifah,
Bukanlah objek permainan.
.
“Tutuplah aurat, simpanlah dirimu untuk suami sahaja.”
Ini salah kita sejak mula,
Suntikan yang menuntut hidup wanita hanya untuk lelaki sahaja,
Tutupnya aurat wanita itu kerana Allah, bukan untuk kepuasan nafsu kita.
Berhentilah berfantasi dengan kalam yang kononnya romantis islami.
Kita berkahwin bukan hanya untuk menyingkap kain isteri.
Mereka peneman hidup dan mati.
.
Kalam Tuhan,
Lelaki baik bagi wanita yang baik,
Tetapi kita bukanlah Tuhan yang menentukan siapa yang jahat,
Allah janji, Allah akan tunaikan,
Yakin dengan ketentuan,
Itulah yang terbaik dari Tuhan.
.
Tidak menutup aurat tidak menjadikan wanita itu kurang manusia,
Ia suruhan ta’abudi antara mereka dengan Pencipta,
Sudah-sudahlah dengan perumpamaan gula-gula tertutup dan terbuka balutannya,
Kerana aurat terbuka, kita hina dari kaki ke rambut mereka,
Cukup dengan kata-kata yang sejahtera,
Dan doa agar suatu hari nanti mereka lembut untuk patuhinya jua.
Cuma dia perlukan ruang dan masa,
.
Tetapi kita tidak pernah cerdik,
Isu wanita berniqab kita bangkit,
Sepertinya kita arif membaca hati,
Kita menuduh mereka hilang maruah dan malu dalam diri,
Hanya kerana gambar berniqab selfie mereka tempoh hari,
Apa masalah kita? Ada isu wajib yang lebih patut kita beri perhati,
Cukuplah meletakkan wanita di bawah kaki.
.
Kita menanggap wanita seperti barang dagangan,
Semua tentang dirinya untuk kita mereka perlu persiapkan,
Kita jadikan wanita aksesori,
Akibatnya mereka merasakan diri mereka boleh dibeli,
Lalu kita bising apabila mereka meletakkan nilai hantaran tinggi?
Pandai pula kita mengatakan ia tidak islami,
Rujuk diri kembali,
Kita juga yang mulakan awal-awal lagi.
.







Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

4 comments:

Unknown said...

sangat dalam makna nukilan penulis jalanan tu, :)

WAAAIZAT said...

really love his books. I already read it and gain a lot.

iam.fuzy said...

menarik coretan Teme Abdullah..semoga kita hayati dan fahami dan menjadi insan yang lebih baik dari hari ni

apekinahdotcom said...

Mendalam nukilan pelukis jalanan ni. Speechless