9
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Cinta Secondhand ?


Assalamualaikum
image
'' kau pernah suka seseorang tak? ’’ temanku bertanya.
Teralih perhatianku untuk menikmati keindahan alam.
“Adalah jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu. Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je kat Allah. So, sebenarnya, aku pun tak pastu aku pernah suka lelaki ke tak. Hehehe”
“Kau doa macamana?”
Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”
========================================================


Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.

Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.

Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?

Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.

Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? Sebabnya Allah mahu menguatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. 
Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’

Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

9 comments:

Amani said...

Subhanallah, tersentuh sangat baca post awak..

kak tie said...

cinta secondhand...agak2 sama tak ngan cinta mukabuku

Unknown said...

Jaga hati ini. Tutup balang tu kuat-kuat. :')
Nice entry.

fiqah hamed said...

Harap lebih ramai lagi yang dapat baca entry ini..sangat menyentuh hati dan mesej memang sampai..teruskan yer sis..(: in shaa Allah akan selalu kesini..(:

Fatin Wawa said...

nice entri.. :))

Akupenghibur.com said...

entri ini sangat seronok.. jangan biar cinta kita tawr kerana cinta telah di serah pada yang tidak sepatutnya

terima kasih infonya.. jemput join segmen baru di blog saya

BTS said...

nice...yep..trust and let go..and move on..Allah always there with us..

Ayuni Sara said...

nice sangat...

nuranne said...

nice entry, i know comment ni out of topic. tapi kena hati2 dengan lelaki juga. especially yg beusia. dorg pn byk sejarah, secondhand, thirdhand. hehe