1
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Lamaran Kiasan




Shakira masih meneliti pakej pelancongan yang disediakan di kaunter.


'' nak bercuti ke ?''

'' saja, tengok-tengok kalau ada tawaran menarik. '' 

'' saya ada satu pakej menarik untuk awak. ''

'' ye ke ? ke mana ? ''

'' ke syurga. ''

'' berapa harganya ? ''

'' murah. ''

'' berapa ? lima sen ? ''

'' RM80 tunai. ''

'' terjamin ke masuk syurga ?''

'' Insha Allah, tapi niat kena ikhlas kerana Allah. ''

'' pergi naik apa ? ''

'' Roket 165. ''

'' siapa juruterbangnya ? ''

'' Kapten Airil. ''

'' okey, akan dipertimbangkan. ''

'' jangan lama-lama sangat. roket dah nak berlepas. ''

'' saya kena periksa dulu tahap keselamatan roket sebab perjalanannya jauh dan mencabar.
ujian teknikal dan ketahanan bahan perlu ikut piawaian. ''

'' silakan. sebut saja pemeriksaan apa, saya dah ada sijil ISOnya. ''

'' hmm .. bila saya boleh terbang ? ''

'' bila-bila masa dari sekarang. ''

'' berapa ramai penumpang ? ''

'' eksklusif untuk awak seorang saja. ''

'' janji ? ''

'' pasti ! ''

'' kalau macam tu, Jumaat minggu depan kita lancar roket tu. ''

''  Alhamdulillah. ''



sesiapa yang minat baca novel dan pernah baca dialog diatas,
boleh teka dengan tepat tajuk novel ni.
sebab dialog diatas diambil dari novel.











Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini