Assalamualaikum
aku baru je minat dekat dia ni. sebab aku baru betul-betul kenal siapa dia.
dulu, aku pernah dengar kawan-kawan aku cakap pasal dia. tapi aku buat tak tau sebab aku tak kenal.
first time aku kenal dia. aku dengar cerita pasal kisah hidup dia, aku menangis.
aku rasa aku jahat. aku rasa aku tak layak jatuh cinta kat dia.
aku rasa aku tak layak sayang kat dia. aku rasa jahil.
hidup dia susah. susah sangat. tapi apa yang aku dengar, dekat wajah dia terpancar ketenangan.
Ummi Abbi dia meninggal dunia sejak dia kecil.
aku tak setabah dia.
dia selalu cuba dekat dengan Allah. tak pernah satu nafas pun dia lupa Pencipta dia.
aku selalu ungkap kata cinta kat dia.
tapi aku rasa diri aku hina. aku rasa aku tak layak.
pernah sekali, airmata aku tak berhenti mengalir bila fikir pasal dia.
rindunya aku pada dia. aku nak tengok wajah dia. sangat.
bila aku dengar zikir yang ada berkaitan dengan dia, aku rasa tenang.
kadang-kadang aku rasa cemburu dengar cerita sahabat-sahabat dia yang rapat dengan dia.
aku nak jadi sahabat dia. aku nak tengok wajah dia.
Rindunya aku pada dia. rindu sangat.
Rasulullah. aku rindu. tengoklah umatmu sekarang Ya Rasulullah .
kami dah jauh dari jalan-Nya . kami dah semakin dekat dengan Hari Pembalasan.
tapi kami tidak sedar Ya Rasulullah.
Kau menangis semalaman kerana fikirkan tentang kami. kau tidak tidur kerana risau tentang nasib kami.
tapi kami ? menzalimi diri kami sendiri Ya Rasulullah.
Satu hari nanti aku bakal pergi kan Ya Rasulullah ?
Kami lemah tanpa syafaatmu Ya HabibAllah. aku rindu.
pernah someone tanya soalan kat aku.
aku tergamam. lidah aku kelu. aku tak mampu nak jawab soalan tu.
sebab aku tak kenal dia sangat. aku jahil.
aku tak pernah terfikir akan ada seseorang yang tanya soalan cenggini.
dan aku hanya mampu jawab ;
aku tau. aku sedar. orang akan pandang aku dengan sebelah mata.
poyo aku punya jawapan.
sebab aku tak layak. terkadang sesat dari jalan-Nya.
siapa yang tak nak jumpa dia ?
siapa yang tak nak dapatkan syafaat dari dia ?
siapa yang tak nak masuk syurga bersama-sama dia ?
siapa ?!
aku berusaha.
sedang. berusaha. berubah ke arah yang lebih baik.
semoga kita peroleh syafaat daripada Rasulullah s.a.w
Amin ..





9 comments:
thanks :')
in sya Allah anda mampu. kita berubah sama sama :'D
Alhamdulilah . Semoga awak terus istiqamah dalam berusaha menjadi yang terbaik . Inshaallah
Wan yakin sera mampu menjadi yg terbaik. KEkalkan jatidiri yg kuat seperti sekarang. Respect sera!
welcome Montana
welcome @sinuha. sharing is caring
@Ana Lee insya-Allah kita berubah jadi lebih baik =D
thanks a lot @HARITH SYAHMI. insya-Allah terus istiqamah
thanks a lot @Mohd Ridzwan Abdullah. komen yg sangat membina =D
Post a Comment