Tengah syok jalan-jalan dekat pasar. Tiba-tiba terkaku.
Kat depan,
Dua orang perempuan.
Satu berjubah hitam, bertudung labuh pink muda, dan sehelai kain menutupi wajahnya.
Satu lagi berseluar jeans ketat, berbaju jarang, tidak memakai tudung.
Sungguh. Terkedu.
Mereka bersahabat.
Bukannya orang asing.
Terus diberanikan diri bertanya bila seorang lagi wanita itu sedang memilih barang.
"Assalamualaikum akak (yang pakai purdah)."
"Waalaikummussalam warahmatullah."
"Er... nak tanya, akak tak malu ke berjalan dengan wanita tu ? Yelah akak kan berpurdah, dia tidak menutup aurat."
"Untuk apa malu dik. Allah belum bukakan hati dia lagi. Akak tak perlu malu"
"Nanti timbul fitnah kak."
"Apakah yang menutup aurat itu hanya boleh bersahabat dengan yangg menutup aurat sahaja?
Apakah yang tidak menutup aurat itu hanya boleh berkawan dengan yang tidak menutup aurat sahaja?
kalau macam tu,
macam mana nak berdakwah kepada yang tidak menutup aurat?
Macam mana nak ajak mereka berhijrah?
Kita tak boleh sombong dik. Tak boleh nak ke syurga sensorang.
Kita kena tarik mereka. Kita nasihati mereka. Bersahabat dengan mereka adalah cara dakwah yang baik.
Dalam masa yang sama, kita nasihat dia slow slow."
Dia tersenyum.
Allah. Sungguh terkedu.
Semoga boleh ambil pengajaran.


7 comments:
Subhanallah... Kena simpan ketat2 dalam hati dan fikiran. (~.~) Terima kasih kerana tolong ingatkan.
sy pon ade jugak kawan yg free hair time study dulu tapi sekarang alhamdulillah dah bertudung :)
@Juz Haira
sama-sama beringat =d PERINGATAN UTK SYA JGK
Waalaikumussalam @Ayie Abas
tak la. bkan pengalaman sendiri. sharing is caring
@budak
Alhamdulillah
semoga menjadi pengajaran buat kita semua..:)
Ya Allah ya Rabb.. Moga kita sama2 dapat membimbing sesama insan ke Jannah Nya..
Post a Comment