untuk setiap sakit yang pernah tersejarah
aku letak garis dalam hubungan
dalam mengenal aku, jangan terlalu dekat
nanti kau terluka seperti mana aku selalu terluka
kau tahu kesan torehan yang pernah kau wujudkan dulu?
parutnya masih ada
kau fikir sakitnya hilang?
mana mungkin
sedang tuhan tak mahu aku ulang silap
dia ajar aku, hati-hati mengenal manusia
diberi sakit itu buat mengingatkan
jangan ditanya benteng setinggi mana aku ciptakan
yang benar sayang aku tahu
tahap lelah buat mempertemukan jiwa aku
satu hari nanti, kau tanya mana silap kau
bangun, sedar,
kau bukan anak kecil yang tak tahu mana letak salah sendiri
bangun, sedar,
kau bukan anak kecil yang tak tahu mana letak salah sendiri
dan aku,
bukan jenis manusia yang suka ulang sebut silap orang
mengira,
mengira,
menyenarai
satu-satu salah kau yang mana
aku mahu kau matang bukan sekadar menambah usia


1 comment:
dalam setiap perhubungan pasti ada parut dan tiada satu apa pun yang sempurna di dunia ini...
Post a Comment