1
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Tips Menutup Aurat





1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin. 

2. Kalau ada baju seksi, simpan. jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. 

3. Kalau banyak baju yang tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. belilah baju yang longgar. Insya-Allah, ada ganjaran berbelanja untuk aurat. 

4. Tudung. kalau mereka yang tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. lagi cantik bila bertudung. 


5. Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. kalau jarang, pakai inner neck. aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.

6. Bila bertudung, jangan pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. 
salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda. 

7. Bertudung tapi lengan pendek? kalau ada pakai handsock or inner dengan baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan if handsock/inner itu ketat. carilah yang sangat longgar. 

8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? aurat perempuan adalah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan.

 

9. Kalau ada family yang tidak bertudung, ajak mereka sekali. tak salah ajak mereka berubah. tak lah rasa kekok kan? 

10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa, menutup aurat di luar solat pun wajib. 

11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. macam majlis ilmu, dengar bacaan al-Quran, jaga solat, kawan dengan kawan yg baik. 

12. Bila dah berubah, istiqamah. buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.  

13. Ada yang gunakan cara ni, iaitu buat jadual. buat minggu ni mula pakai baju longgar. minggu seterus , tudung pulak. boleh gunakan. terpulang pada individu tersebut.

14. Set dalam minda, mati itu pasti. tak kan nak berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. banyakkan ingat mati dan istighfar . 

15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. kembali kepada-Nya dan pohon petunjuk-Nya. Insya-Allah. Dia Maha Pengampun.

16. Bila keluar, tanya pada diri "Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" 
"Cukup tak aku menutup aurat aku semua?" 



17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? 

18. Bila menutup aurat, kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dengan yang lebih baik, insya-Allah . 

19. Buang gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat dengan sempurna yang terpampang di laman sosial. sama ada di facebook, twitter, blog, instagram, dan sebagainya.


 

20. Dan tips terakhir yang aku pegang. Ingat ! kau tanya diri kau balik. kau sayang tak ayah kau ? kalau kau sayang, kau nak ke ayah kau masuk neraka disebabkan kau ?! selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah itu juga ayahnya itu menghampiri ke neraka.
bukan ayah kau je yang patut kau fikir. siapa lagi ? fikirlah sendiri.








Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

1 comment:

Sally Samsaiman said...

terimas kasih atas artikel yang sgt membina! :)