1
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Bahasa Hati Kita & Rehan Makhtar


Assalamualaikum



Bahasa Hati Kita ni merupakan 1st novel karya Rehan Makhtar yang aku beli.
padahal penulis ni dah banyak menghasilkan beberapa buah novel seperti Terlerai KasihBila Nak SaksiSuami Tak Kuhadap, dan Tiba-tiba, Dia Ada. aku berhasrat mahu memiliki semua novel hasil karya Rehan Makhtar, tolong belikan boleh ?

sememangnya, aku selalu mengikuti perkembangan penulisan karya Rehan Makhtar secara online.
aku prefer baca karya novelis melalui blog mereka. misalnya, Rehan Makhtar banyak menghasilkan karyanya melalui blog dan hasil penulisannya banyak ditamatkan dalam blognya juga.
kalau nak cerita satu-satu karyanya dalam post ni memang takkan habisla.

aku paling minat karya Rehan Makhtar. semua best belaka. ada yang happy ending. ada yang sad ending. macam-macam perasaan digabungkan dalam sesebuah karyanya.
Rehan Makhtar baru je tamatkan karyanya iaitu Beast and The Beauty pada Disember 2014.
terbaru, beliau menghasilkan Encik Sederhana chapter I. sekarang ni aku menanti ES chapter ke-2 pulak.

paling impressive, Rehan Makhtar merupakan satu-satunya novelis yang aku agak paling kreatif. sebab apa? kebanyakan nama watak-watak yang digunakan amat unik. contohnya, nama watak dalam novel Bahasa Hati Kita iaitu Dian Jehanna Puteri binti Megat Johari, Qalam Azad, Qairiah, Qaiser, dan Qariah.
selain itu, watak-watak dalam karyanya yang pernah aku baca seperti nama Jelita, Anahara, Anaresa, Teratai Nur dan sebagainya. sangat-sangat unik nama watak yang digunakan.

dalam novel Bahasa Hati Kita, banyak quote yang aku suka.

contohnya ;
'' 24 jam dah cukup andai manusia tahu bahagikan waktu. 
andai kata diberi 48 jam sehari pun,
manusia itu tak reti menggunakan waktu, tetap tak cukup.''

'' kalau boleh Allah taknak hukum hamba-Nya sebab tu Dia sentiasa lebarkan pintu taubat buat hamba-Nya ''

'' penat lelah isteri yang memasak penuh dengan kasih sayang 
dan kesungguhan, apa salahnya dibayar dengan sebaris pujian segaris senyuman? ''

part yang aku suka dalam novel Bahasa Hati Kita
m/s 368

m/s 369

m/s 369

novel ni sarat dengan pengajaran. penuh erti penghijrahan. banyak kata-kata sindiran tapi berbaur nasihat.
penuh dengan kesabaran seorang lelaki bergelar suami dalam mendidik seorang wanita yang bergelar isteri untuk menjadi srikandi besi. hanya mereka berdua sahaja yang mengerti bahasa hati masing-masing.








Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

1 comment:

Ardilla Noorezan said...

Saya kena beritahu adik saya lagi best baca kat blog sbb dia memang suka baca novel-novel macam ni :)