Assalamualaikum
ingatkan apa la bila abang aku call semalam semata-mata nak suruh check e-mel aku. aku pun pi la check. dah buka e-mel, aku baca subject 'Ucapan Tahniah'. aku pun doq pikiaq aku dapat tawaran biasiswa kemende. cehh berangan je aku ni. pirraaahhh. rupanya dapat e-mel ucapan tahniah sempena result STPM aku yang tak terlalu cemerlang sangat pun.
kira ni penghargaan la
dia abang sulung aku. beza umur kami 10 tahun. dulu dia sambung form 6 juga. dia form 6 masa aku umur 8 tahun. aku ni satu-satunya adik-beradik yang ikut jejak langkah dia. aku masuk form 6 pun dapat galakan daripada dia. dulu aku dapat Politeknik Kok Lanas, Kelantan. masa tu aku semester 1 STPM. tapi dia suruh aku stay form 6.
sebab ?
'' diploma 3 tahun tau. lambat la abis belajar ''
'' stay form 6 je. setahun setengah je belajar.
tak lama pun ''
'' sekarang form 6 da lain. lagi senang.
abang dulu exam hujung tahun ''
'' dulu satu subjek ada 2 paper. sekarang satu subjek ada 1 paper je.
bertuah tau ''
'' dulu abang gi sekolah naik motor Suzuki je. sekarang ni dah boleh naik kereta.
siap ada yang nak tolong hantarkan ''
sekarang, aku dah tau hikmahnya dia suruh aku stay form 6 walaupun aku nak masuk politeknik.
sedikit sebanyak aku dapat la banggakan dia. dulu dia dapat surat tawaran jadi pramugara dekat overseas. tak pasti kat mana. tapi dia tolak dan masuk form 6 sebab family kami orang susah. tambah lagi dia anak sulung. kini, dia seorang tentera. TUDM. dapat la tau jugak beratnya tanggungjawab dan pengorbanan dia sebagai anak sulung terhadap family kami.



15 comments:
nak ucap tahniah jugak. melalui komen di blog ;-)
tahinah.. i pun student stpm .. FIRST BATCH YANG IKUT SEMESTER.. BTW GUD LUCK OK.. BUAT YANG TERBAIK :)
Untung awak dpt abang macam ni.
Apa2pun, tahniah yer :)
TAHNIAH :) BESH BILA DPT EMEL CAMNI . HEHE
terima kasih @mama 3farhanah :)
terima kasih kak @dilakhir. insya-Allah bt pilihan yg terbaik nk sambung degree nnt
thanks kak @Scha Nazri. Alhamdulillah dpt abg mcm dia.
terima kasih kak @dEdEQ dE wIshEs. penghargaan drpd abg
Alhamdulillah, dapat family yang very supportive, itu pun dikira sebagai rezeki juga :)
All the best untuk perjalanan selepas ini. Semoga dapat apa yg diharapkan :)
Wah. So sweet and cool email tu, Hehe ^_^
Good luck for you future :D
tahniah,,iolls student ex-dip ,,lambat woo,,umur dah tua baru sekarang masuk U huhu..
hai awak. jomlah join GA saya yang pertama heheh http://myownlifemyself.blogspot.com/2015/03/first-giveaway-by-aishah-badrulhisham.html
setahun setengah je,jimat masa
:-)
wahhh tahniah2 :)
Tahniah. Hehehe...
Regards,
Yana Afi Mohamed
Post a Comment