2
Blogger Very Awesome Bijak Bermadah Bicara

Siapa Uwais Al-Qarni ?


Assalamualaikum

Uwais Al-Qarni bukan nama sebenar aku, maybe ada blogger yang dah tahu full name aku.
guna nama Uwais Al-Qarni untuk jadi orang lain ? 
nope. me is myself.
bukan cuba nak jadi orang lain dan bukan nak menyamar.
pada aku, lebih baik tak payah dikenali ramai dan tak perlu public segala hal peribadi 
walaupun aku bukannya retis yang feymes.
banyak benda aku private di laman sosial sebab aku rasa aku diancam bahaya. kena hati-hati.

nama sebenar aku memberi maksud 'kemahsyuran'. sebab tu aku guna nama Uwais Al-Qarni.
Uwais al-Qarni menjadi teladan dan pedoman hidup aku.

siapa Uwais al-Qarni ?

Dia ,
Uwais Al-Qarni
hidup biasa di bumi
namun mahsyur di langit
namanya disebut Rasulullah s.a.w
tapi tidak nama aku.


Uwais al-Qarni
siapalah dia pada mata manusia. 
tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya.
banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya. 

seorang pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda. 
Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw). 

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda :  
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."


Kisah Kewafatan Uwais al-Qarni
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya ;
Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?
Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.
Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
Dialah Uwais al-Qarni , tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.
Subhanallah.

Sumber ;






Maaf penggunaan kata ganti nama diri ' AKU ' untuk readers yang lebih dewasa dari diri ini

2 comments:

Sya said...

Allahu~ rasa kagum dengan beliau...

Nurul Shahira said...

Apa yg kita buat untuk menjadi seperti dia? Tepuk dada, tanya hati, iman :)