
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, Bilal meninggalkan Madinah kerana tidak mampu menahan rindu pada Nabi.
Suatu hari, Bilal kembali ke Madinah, menziarahi Makam Nabi juga kerana rindu.
Khalifah kedua, Umar al Khattab meminta Bilal untuk melaungkan azan. Bilal menolak. Tak sanggup. Datang pula cucunda Nabi Hasan & Husin memujuk Bilal.
"Pakcik, kami rindu laungan azan pakcik. Mohonlah laungkan azan."
Bilal tak mampu menolak. Lalu berdiri untuk melaungkan azan.
Sejak Nabi wafat, Bilal tak pernah lagi laungkan azan. Dan saat itu, kali pertama Bilal azan sesudah Nabi wafat.
Seluruh Madinah sunyi sepi. Kali pertama pertama ketika Nabi wafat, kali kedua, ketika Bilal laungkan azan itu.
Bilal tak mampu habiskan azannya. Bilal menangis teresak-esak kerana menahan sebak. Betapa rindunya Bilal kepada kekasih Allah. Seluruh Madinah juga menangis kerinduan.
Bilal Bin Rabah, seorang sahabat yang dijanjikan syurga. Nabi s.a.w mendengar tapak kaki Bilal Bin Rabah di syurga ketika peristiwa Israk & Mikraj. Sedangkan waktu itu, Bilal masih hidup di Madinah.
Bilal adalah lelaki berkulit hitam, secara fizikalnya dia tidak rupawan.
Dengan izin Allah, dia bernikah dengah wanita yang cantik.
Ketika ajal menghampiri, Bilal tidak bersedih kerana bakal meninggalkan isterinya yang cantik. Bahkan Bilal gembira & bahagia, kerana dia tahu & yakin bahawa detik pertemuannya dengan Nabi kekasih Allah kian hampir.
Begitulah kisah betapa hebatnya rindu sahabat kepada Rasulullah s.a.w.


5 comments:
SubhanAllah.suka ur post nihh.mmg ada trbaca gakk dlu perihal Bilal bin Rabah.MasyaAllah.moga istiqamah ukht.truskn post entry related dngn Islam.
Alhamdulillah. terima kasih @Joe Roslan ats komen yg membina. mmg berharap sngt blog ni dpt beri manfaat kpd reader(s).
suka dengan post nie. :)
Semoga kita jumpa dapat sama2 ke sana.. amin..
Jemput join giveaway pertama Nurrul !!
http://youismysoul.blogspot.com/…/03/giveaway-by-nurrul.html
Bilal bin Rabah
cekal dan tabah
dipanggang di gurun yang panas.
Teringat dengan lagu Bilal bin Rabah :')
Post a Comment